Jumaat, 11 Mac 2011

Allah SWT melakukan segala sesuatu

1. Sifat api yang membakar diberikan oleh Allah. Jikalau Dia tidak mengkehendakinya, pasti api itu tidak boleh membakar. Misalnya, ketika Nabi Ibrahim a.s dicampakkan ke dalam api yang besar oleh Raja Namrud, api itu tidak membakar Nabi Ibrahim a.s. Malah Nabi Ibrahim a.s. berkata,"Selama 40 hari aku berada dalam api, ia adalah hari- hari terbaik bagi aku."

2. Sifat pisau yang memotong adalah diberikan oleh AllahTaala. Jika tidak dikehendaki atau diizinkan oleh Allah, nescaya ia tidak boleh memotong. Ketika Nabi Ibrahim berusaha semahu2nya untuk menyembelih leher anaknya Nabi Ismail a.s. kerana melaksanakan perintah Allah tetapi pisau itu tidak dapat memotong leher Nabi Ismail a.s.

 3. Begitulah juga dengan sifat air yang boleh menenggelamkan tetapi ini juga adalah datang daripada Allah ( dengan keizinan Allah ). Misalnya, pada zaman Nabi Musa a.s. dan Firaun, Allah memperlihatkan kekuasaanNya yang Maha Hebat. Air  memberi lorong kepada Nabi Musa a.s. dan pengikut2nya, dan air yang sama juga telah menenggelamkan Firaun dan seluruh bala tenteranya yang gagah perkasa.

Ini adalah beberapa contoh kekuasaan Allah. Allah boleh mencipta dan mengubah sesuatu keadaan mengikut kehendakNya. Dia menghamparkan bumi di atas air. Dia menghidupkan berbagai- bagai jenis benda daripada bumi. Dia menumbuhkan pokok2 yang besar  dan tumbuhan- tumbuhan daripada biji2 yang kecil. Lalu Dia menghiaskan tumbuhan2 itu dengan berbagai2 jenis buah2an daripada berbagai2 jenis rasa dan warna. Inilah kehebatan Allah.

Sabtu, 5 Mac 2011

Kebesaran Allah

Pertama2 kita syukur lagi dan lagi terhadap nikmat2 Allah. Allah Yang Maha Pemurah telah berikan kita bermacam2 nikmat tanpa kita sedari.Allah beri kita nikmat mata, hidung, mulut, kaki, tangan, lutut dan  anggota2 yang lain. Hebatnya Allah, Allah beri kita muka yang berbeza2 bentuk dan rupa. Dari muka kita boleh lihat begitu banyak kebesaran Allah.

Allah cipta mata kita boleh berkelip2 tanpa kita sedari. seminit paling kurang beberapa puluh kali. Kalau seminit je mata kita tak berkelip, maka kita akan rasa penat pada mata kita. Macam dulu kat sekolah kita main lawan mata. Tak berkelip lama sikit je, mata dah berair. Habuk masuk Bila kita bersin, maka dengan sendirinya mata kita akan tertutup. Cuba kita buka mata masa kita bersin, bole tak?

Allah cipta berjenis2 rambut kat  kepala kita. Ada rambut, bulu kening, bulu mata, misai, janggut, bulu hidung. Walaupun bulu2 ni sama, tapi panjangnya tak sama. rambut bole panjang. misai bole panjang. janggut bole panjang.bulu hidung pun bole panjang walaupun perlahan. tapi kenapa bulu kening, bulu mata tak panjang? Betapa hebatnya Allah  yang cipta kita.

Perkara macam nilah kita cakap lagi dan lagi, supaya Allah ada dalam hati kita. Kita lihat, kita fikir kebesaran Allah. Betapa hebatnya kebesaran Allah, yang telah cipta kita. Bila kebesaran Allah ada dalam hati kita, maka dengan sendirinya kebesaran makhluk akan keluar dari hati kita.

Inilah iman. Yakin sempurna pada Allah. Moga Allah beri taufik pada saya dan anda2 untuk datangkan perkara ini.